Advertise Here

Nuurcafe ALT/TEXT GAMBAR ALT/TEXT GAMBAR ALT/TEXT GAMBAR

Saturday 21 March 2009

Hakikat Dan Pengertian Adil


ulama adalah yang mewarisi pengajaran-pengajaran yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW.Pusaka peninggalan baginda SAW terdapat di dalam Al-kitab dan As-sunnah .Sabda Rasulullah SAW:


عن كشىر بن عبد الله عن ابىه عن جده رضى الله عنه قال :قال رسول الله صلى الله علىه وسلم :تركت فىكم امرىن لن تضلوا ما تمسكتم بهما كتاب الله وسنة نبىه


Ertinya :


"Dari kathir bin abdullah dari bapanya dari datuknya ra katanya :"Rasulullah SAW bersabda:"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sekali-kali sesat selagi mana kamu berpegang teguh dengan keduanya ,kitab Allah dan sunnah Rasulnya






Dalam hadith ini Rasulullah SAW meninggalkan dua perkara yang diwarisikan kepada kaum muslimin, iaitu Kitab allah dan Sunnah Rasulnya. Dua perkara inilah yang diwariskan oleh Rasulullah SAW agar disampaikan kepada manusia, selain dari kedua ini, tidak boleh dijadikan landasan hukum agama.




Oleh kerana ulama adalah pewaris para nabi maka perkara yang diwariskan oleh mereka ialah Kitab allah dan sunnah rasul iaitu ajaran-ajaran yang terdapat di dalam keduanya.Jelasnya,para ulama adalah pewaris sah dari Rasulullah SAW berupa Al-quran dan sunnah rasul.




Walaupun para ulama hanya mewarisi Kitab Allah dan Rasulnya ,tidak mewarisi sebarang harta maupun wang dinar, namun keduanya adalah sumber kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.Jika segala isi langit dan bumi hendak ditukar ganti dengan Al-quran dan Al-hadith,ulama yang benar-benar bertaqwa akan memilih Al-quran dan Hadith ini lebih dari segala-galanya. Hidup dan mati mereka kerana mempertahankan ajaran-ajaran yang terdapat didalam Al-quran dan As-sunnah .Mereka tidak punyai harta tetapi mereka bangga mempunyai Al-quran dan As-sunnah sumber petunjuk kepada manusia .mereka kelihatan susah pada zahirnya,tetapi senang pada batin. Mereka redha dengan qada' dan qadar Allah ke atas hamba-hambanya

ORANG YANG BERPEGANG DENGAN AGAMA SEPERTI MEMEGANG BARA API

Daripada anas r.a berkata :Rasulullah s.a.w bersabda ;"Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana memggenggan bara api"

H.R.Tirmizi

Yang dimaksudkan disini ialah zaman yang sangat mencabar sehigga siapa yang hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menhadapi kesusahan dan tengtangan yang sangat hebat.kalau ia tidak bersungguh-sungguh ,nescaya agamanya terlepas dari gemgamannya.Ini adalah disebabkan suasana di sekeliling tidak membantu untuk ia menunaikan kewajiban agamanya bahkan mereka diancam dengan pelbagai ancaman ,dimana orang alim yang menyuarakan kebenaran ditangkap kedalam penjara yang dilaksakan oleh perminpin-perminpin yang bertopengkan firaun dan taghut,bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk menbuat kemaksiatan dan pekara-pekara yang dapat meruntuhkan akidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqkan.Ini juga bermaksud,orang islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di sampintidak mendapat kemudahan .


Thursday 19 March 2009

Merantau Mencari Ilmu



Assalamualaikum.... syukran kepada visitor blog ana yang sudi menjengah... ana hari ini merasa gelisah kerana hari untuk ana berpisah dengan keluarga semakin dekat,ana akan bertolak ke Pondok Pesantren Langitan,Widang,Tuban Jawa Timur,Surabaya..mungkin pada 24 ari bulan ini... bukan kerana apa,kali ini ana mungkin meninggalkan kampung halaman ana lebih lama daripada sebelumnya..
Sebelum ini ana pernah menuntut di Pondok Darul Muttaqin di Tanah Merah,Kelantan... paling lama ana tidak balik dalam masa 6-7 bulan,begitu juga semasa ana menuntut di Pondok Pasir Tumbuh... itu lah yang paling lama... Mungkin ana tidak pulang selama 2-5 tahun selepas ana bertolak nanti.. perasaan sedih untuk meninggalkan keluarga,kampung halaman...Gembira pun ada, kerana Allah Taala bagi ana peluang untuk mempelajari Ilmu AgamaNya di kawasan yang diantara paling awal tertubuhnya kerajaan Islam di Indonesia.. bersama-sama ana menuntut di Pondok Langitan adalah sahabat ana(Yusmahilal b.Yusuf)salah seorang lepasan Pusat Pengajian Islam An-Nuur..
Sebelum ini kami sudah memulakan pengajian di Pondok Pesantren Langitan itu selama sebulan,tetapi di atas sebab masalah visa kami terpaksa pulang ke Malaysia.. Kali ini masalah sudah selesai,dan ana harap Allah Taala memberi ana ruang untuk ana menuntut IlmuNya..
Sehubungan itu, ana ingin meminta maaf kepada sesiapa yang mengenali ana ,minta di ampunkan dosa kalau-kalau secara tidak sedar ana mengguris hati antum semua..

Tuesday 17 March 2009

Sesungguhnya perjalanan menuntut ilmu itu besar pahalanya seperti orang-orang yang berjihad ke jalan Allah... Masya-Allah!!!....
Allah mejanjikan rezeki bagi orang-orang yang menuntut ilmu Agama kerana Allah,oleh itu ana menyeru kepada muslimin muslimat di Malaysia amnya supaya memperdalami ilmu Agama dan beramal dengannya.. persiapkan lah bekal kita ke akhirat.. Wallahua'lam

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Assalamualaikum...ana ucapkan terima kasih coz sudi melawat blog ana ni... ana masih dalam baru dalam dunia blogger ni,harap para senior sudi tunjuk ajar kepada ana. he




Dalam masa akan datang,Insya-Allah ana akan terus setia update blog ini... Harap antum semua akan terus mengunjungi ana d sini...




Monday 16 March 2009

hidup Ku Hidup Pas


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...