Advertise Here

Nuurcafe ALT/TEXT GAMBAR ALT/TEXT GAMBAR ALT/TEXT GAMBAR

Friday 27 March 2009

Permulaan Alam Semesta Permulaaan Segala-galanya



Quran dan Teori Kejadian Alam
Alam semesta mempunyai permulaannya. Dalam surah al-Anbiyak ayat 30 Allah berfirman,"Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu(ratqa)kemudian kami pisahkan antara keduanya(fataq).Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup."
Ayat ini menjelaskan mengenai dua perkara penting. Pertama, mengenai asal-usul kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu sebelum dipisahkan antara keduanya-duanya. Kedua, ayat ini menjelaskan mengenai hakikat kehidupan air adalah asas bagi segala kehidupan. Tanpanya hidupan x akan wujud sama sekali.
Terdapat dua perkataan dalam ayat ini yang perlu diberikan fokus iaitu, ratqa dan fataq. Ratqaberasal daripada perkataan Arab rataqa yang bermaksud patc up, sew up iaitu ditampal dan dijahit. Ia melambangkan sesuatu yang terhimpun, melekat dan menguncup.
Fataq pula berasal daripada perkataan Arab Fataqa yang bermaksud unsew, unstitch, rip open, tear apart iaitu dibuka, dibelah dan dikoyak.Ia melambangkan sesuatu yang terbuka, terungkai dan mengembang.
Berhubung dengan ayat ini, Imam Said bin Jubair berkata "langit dan bumi sebelum ini melekat antara satu sama lain. Apabila langit ditinggikan dan dengan itu zahirlah bumi maka berlakulah permisahan dan itulah yang dimaksudkan Allah dalam ayat ini."
Tafsiran oleh Imam Said bin Jubair ini yang dinyatakan lebih daripada 1,000 tahun dahulu mengagumkan .Berhubung dengan tafsiran ini, Syeikh Said Hawa berkata dalam Al-asas fi al-Tafsir, "Tafsiran yang dibuat, sebagai contohnya oleh Imam Said bin Jubair, manceritakan menganai sesuatu yang tidak diketahui melainkan baru-baru ini." Hal ini disebabkan kenyataan ini memang selari dengan penemuan sains pada hari ini berhubung kejadian alam semesta...
p/s: penulis akan meng up-date blog ini 1-2 minggu sekali....

Permulaan Alam Semesta Permulaan Segala-galanya


Monday 23 March 2009

JANGAN MENGEJAR JAWATAN










RASULULLAH s.a.w. bersabda"Jawatan(kedudukan)pada permulaannya penyesalan,pada pertengahannya kesengsaraan (kekesalan hati) dan pada akhirnya azab pada hari kiamat." (HR.Ath-Thabarani).



Pernahkah kita bertanya secara jujur pada diri sendiri,apakah kita selalu mengharapkan jawatan,kedudukan,pangkat atau sejenisnya? Kalau memang jawapannya ya,maka kita termasuk orang yang angkuh alias tidak tahu diri.



Tapi jika jawapannya tidak,maka kata tergolong sebagai yang rugi yang tidak memainkan peranan kudratnya khalifah fil ardi. Lalu, bagaimana seharusnya sikap kita dalam menyikapi suatu jawatan?



Satu waktu Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Pemimpin suatu kaum adalah pengabdi (pelayan) mereka." (HR. Abu Na'im). Etinya,menjadi pemimpin yang sesungguhnya tidaklah ringan dan bukan pula beban berat.



Pemimpin itu wajib ada ilmunya. Dalam bahasa sederhana , memegang jawatan ada susah senangnya . Sebab seperti dituturkan Nabi s.a.w. pemimpin atau orang yang harus boleh 'melayani' mereka yang dipimpin.



Menjadi 'pelayan' hampir tidak banyak di impikan orang, kerana pelayan adalah pekerja(baca:orang yang disuruh). Maka ttak salah,jika pelayan itu merasa penat, tapi sayangnya tidak boleh mengeluh di depan orang yang dilayaninya.



Melayani merupakan satu aktiviti yang memerlukan pengorbanan,pengertian,waktu,senyum tulus,kasih sayang dan senantiasa mengikuti selera yang dipimpin atau yang menyuruh.



Sebaliknya, tidak sedikit orang yang kemahuannya dilayani. Sebab, dilayani memang sangat enak, kerana seluruh selera dan keinginannya boleh dipenuhi. Ibarat mereka raja yang mengkehendaki apa saja.



Cara berfikir inilah yang seharusnya dipakai jika seseorang ingin mengejar jawatan tertentu. Seperti merebut jawatan perdana menteri atau sebagainya.Kalau ini dapat difahami,maka kemungkinan kecil saja orang akan berebut-rebut jawatan, kerana membayangkan tanggungjawab menjadi 'pelayan'.




Jawatan atau pangkat merupakan amanat dari orang lain. Memang mudah menerima jawatan,apatah lagi ditawarkan bersama dengan tawaran yang menggiurkan ,seperti wang melimpah, harta banyak dan mudah dalam melakukan segala sesuatu.Namun belum tentu ringan untuk difikirkan,misalnya apakah kita sudah memberikan keadilan, mencontohkan teladan yang baik, menciptakan keterbukaan dan melakukan hal-hal positif yang lainnya.

Apakah kita tidak mampu melaksanakan amanah tersebut, maka kita akan menyesal dan menemui kesengsaraan. Disinilah letak beratnya sesuatu jawatan.

Pada hakikatnya,jawatan itu bersifat sementara dan hidup di dunia juga sementara. Dalam pandangan saya,apa pun yang kita lakukan selama menjawat jawatan harus diniatkan sebagai amal(tabungan)yang entah bila hasilnya akan dinikmati.

Program sekecil apa pun mesti diiringi dengan amal ibadah. Point inilah yang sebenarnya menguntungkan kita dalam mengendalikan jawatan, sebab adanya peluang untuk selalu berbuat baik.

Oleh kerana itulah, jangan pernah merasa puas dengan hasil yang dicapai. Kerana seorang pemimpin sejati akan menganggap semua yang dilakukan adalah sebuah proses yang tidak mengenal kata habis, walaupun dirinya tidak akan merasakannya.

Apa pun jawatan yang ada dibahu kita saat ini hanyalah pilihan, bukan sesuatu yang patut dibanggakan. Maksudnya pilihan untuk berbuat sesuatu seperti mendatangkan kebaikan dan mendengarkan jerit hati mereka, bukan untuk pamer apalagi memerintah dengan cara memaksa.

Seandainya kita memahami hal tersebut, maka dari sinilah akan lahir adanya orang-orang kreatif, cerdas serta hasil kerja yang memuaskan. Sebab mereka yang dipimpin diberi ruang kebebasan untuk mengembangkan dirinya. Dengan demikian, kita sebagai para pemimpin tidak akan mendapat hukuman pada hari perhitungan di akhirat kelak. Amin.





















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...