? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Monday, 2 November 2009

Kelebihan Umat RasuluLLah S.A.W. Menurut Pandangan Nabi Adam A.S.


Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S. telah berkata,''Sesungguhnya Allah S.W.T. telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W. empat kemuliaan yang tidak diberikan kepada aku;




  1. Taubat aku hanya diterima di kota Mekah,sementara taubat umat Muhammad S.A.W. diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T


  2. Pada mulanya aku berpakaian,tetapi apabila aku berbuat derhaka,maka Allah S.W.T. menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W. membuat derhaka dengan telanjang tetapi Allah S.W.T. memberi mereka pakaian.


  3. Ketika aku telah menderhaka kepada Allah S.W.T.,maka Allah telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W@. berbuat durhaka Allah S.W.T. tidak memisahkan isteri mereka


  4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T. dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W. durhaka kepada Allah S.W.T. akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.W.T

Tuesday, 29 September 2009

KISAH MATAHARI YANG SENTIASA SUJUD PADA ALLAH S.W.T.



Dari Abu Dzar r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bertanya kami"Tahukah kamu semua kemanakah matahari itu selalu pergi?"




Lalu kami berkata:"Hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang tahu."






Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda:"Matahari itu berjalan sehingga sampai di perhentiannya iaitu di bawah "Arasy" kemudian matahari itu sujud,ia sujud sehingga datang perintah Allah: "Bangkitlah dan kembalilah ke tempatmu semula! Setelah matahari mendapat perintah dari Allah .S.W.T.maka dia pun muncul kembali seperti biasa di tempatnya dan dia meneruskan perjalanannya seprti biasa sehingga kembali di tempat perhentiannya di bawah "Arasy".Lalu matahari sujud lagi sehingga datang perintah

Thursday, 13 August 2009

Mohon Kemaafan

Salam.... ana msih tdak ade mse untk update blog ini... insya Allah ana akn update dlam mase yang terdekat ini... Ana harap antum tetap doakan ana... Assalamualaikum

Sunday, 28 June 2009

Ke Sawah



Ni salah satu kegiatan kami semasa di pondok,iaitu ke sawah...hehehe
Berkhidmat kepada kiyai dan keluarganya

1.gambar yang diatas... yus bersama abang Ali ,salah satu pembantu kiyai sepenuh masa...Beliau juga adalah Musyawirin Pondok Langitan
2.yang dibawah... ana la... k... have a nice day... c u all again

Sunday, 7 June 2009

Langitanku...


Pondok ini berasal dari sebuah surau kecil yang didirikan pada tahun 1852 oleh KH Muhammad Nur kini telah telah tersergam indah sebagai Pondok Pesanteren yang disegani dan terkenal.

Pondok ini mampu menampung 4,000 pelajar pada masa ini. Lebih kurang 2,000 pelajar lelaki dan begitu juga perempuan yang dipisahkan diantara satu dengan lain.
KH Abudullah Faqih yang memimpin Pondok ini adalah merupakan jenerasi ke lima sejak dari pondok ini ditubuhkan.

Menurut Ustaz Murtaji Alhamidi Rois Am ,Pondok ini mengekalkan system lama yang baik dan mengambil norma-norma baru yang lebih baik. Walaupun pihak kerajaan Indonesia ada mempelawa untuk menaik-tarafkan kepada level university mereka menolak. Namum standard ilmu yang diajar adalah setara atau lebih baik, InsyaAllah

Pondok ini mensyaratkan Wali pelajar menyerahkan anak mereka sebelum diterima untuk belajar di sini.Sebagai pelajar di sini,ana berasa bangga kerana dapat menuntut ilmu disini...
salam... doakan ana di sini

Friday, 22 May 2009

Asalamualaikum kpada sahabat-sahabat yang setia melawat blog ana ni.. ana sudah lama tidak update blog ni... bukan kerana apa.. keadaan tidak mengizinkan, maklumlah ana masih study... hmmm..... baru-baru ini ana telah menerima kedatangan sahabat baru dari Pusat Pengajian Darul Fikri seramai 3 orang.. Hilang sikit kerinduan pada tanah air bila ada dorang ni... boleh borak2 dalam bahasa melayu hehee..(kadang2 tersasul jugak bahasa indon ngan jawa)
Ana insya Allah akan menubuhkan persatuan pelajar Malaysia kat sini,walaupun baru 5 orang sekarang ni,mungkin kemasukan pelajar dari Malaysia akan bertambah dari semasa ke semasa... dan sekarang ana sedang wat blog rasmi kami sume kat sni.... hmm..
ok la... terima kasih pada sahabat2 sume.. nti ana uploadkan gambar bgaimana kegiatan ana setiap hari kat sini... assalamualaikum.. doakan ana selalu ye

Tuesday, 7 April 2009

Penciptaan Alam Daripada Asap?





Alam semesta tidak terus wujud dalam bentuk yang kita lihat pada hari ini. sebaliknya ia melalui beberapa proses tertentu.Antara proses itu adalah kelahiran gas-gas hidrogen dan helium yang kemudiannya bercantum sehingga menjadi gumpalan asap raksasa. Dalam surah Fussilat ayat 11 allah menyatakan yang bermaksud, ''Kemudian dia menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk asap lalu dia berkata kepadanya dan bumi, 'datanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa.' Keduanya menjawab, 'Kami datang dengan tunduk'.''

apabila kita mengamati ayat ini secara mendalam kita mendapati ia mengandungi beberapa konsep kosmologi yang menarik. Pertama, ayat ini menjelaskan Allah menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk asap. Langit melambangkan kosmos yang luas. Kenyataan ini memang selari dengan penemuan semasa dan hal ini akan dibincangkan kemudian. Kedua, Allah mengarahkan langit dan bumi supaya keluar menjelma daripada asap yang memenuhi kosmos di peringkat awal kejadian alam. Ia menunjukkan asap di kosmos menjadi batu-bata kepada kelahiran bintang,galaksi,bumi dan yang seumpamanya.Hal ini juga akan dibincangkan kemudian.

Seperkara yang perlu kita fokuskan adalah berkaitan dengan pertanyaan Allah kepada langit dan bumi sama ada kedue-duanya hendak datang secara tunduk ataupun terpaksa.Kedua-duanya memilih untuk datang dengan tunduk dan taat. Ia mengisyaratkan proses kejadian langit dan bumi tidak berlaku berdasarkan konsep kemungkinan (probability),kebetulan(chance) ataupun rambang (at random).Sebaliknya ia akan berlaku mengikut sistem dan perencanaan,iaitu sistem dan perencanaan Allah.Bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya alam semesta terjadi mengikut hukum kemungkinan, kebetulan atau rambang. Ia tidak akan teratur dan sistematik berbanding sekarang. Malah ia tidak akan mampu mewujudkan apa yang wujud sekarang ini. Kewujudan satu sistem yang mantap dan mampu mengatur proses kejadian alam secara tersusun lagi komprehensif dari satu peringkat ke satu peringkat tanpa sebarang kepincangan menunjukkan memang wujud di sana Maha Perancang,iaitu Allah.

Berhubung dengan ini, Paul Davies dalam superforce;The Search for a Grand Unified Theory of Nature (1984) berkata, ''Memang susah hendak dipercayai bahawa ledakan Big Bang yang dahsyat itu mampu menghasilkan tenaga dan kuasa tarikan yang tepat. Justeru Big Bang bukanya sekadar satu ledakan tetapi ia merupakan satu ledakan yang terancang.''