Advertise Here

Nuurcafe ALT/TEXT GAMBAR ALT/TEXT GAMBAR ALT/TEXT GAMBAR

Friday 4 March 2011

Maher Zain Datang Lagi





BUKAN satu atau dua, jika dihitung sejak enam bulan lalu sudah tiga kali penyanyi kelahiran Lebanon, Maher Zain, berkunjung seterusnya mengadakan persembahan di negara ini.

Jika dua persembahan terdahulu lebih kepada promosi album selain acara kebajikan, kali ini bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam, pada 25 dan 26 Februari peminat tegarnya akan dihiburkan hampir empat jam di Maher Zain Live in Concert 2011.

Dengan kapasiti lokasi boleh memuatkan 14,000 penonton bagi dua persembahan berskala mega, tiket yang hampir 100 peratus terjual membuktikan Maher Zain cepat ‘menangkap’ perhatian peminat tempatan.

Jika dicatatkan satu persatu, pencapaian artis yang bermastautin di Sweden itu di negara ini cukup mengagumkan.

Belum termasuk kejayaan album sulungnya, Thank You Allah, yang mencatat tahap lapan kali platinum!

– sesuatu yang mustahil dinikmati penyanyi tempatan dalam situasi jualan album fizikal tidak memberangsangkan ketika ini.

Akuinya dengan merendah diri, segala kenikmatan itu adalah daripada Allah dan mensyukuri rahmat yang dikurniakan terhadapnya, tetapi pada masa yang sama, takut jika dirinya terkhilaf.
“Saya insan biasa yang menggunakan muzik sebagai medium untuk berinteraksi dengan orang ramai.

Alhamdulillah perjalanan saya dipermudahkan-Nya.

Namun, saya berharap tidak sesekali lupa bumi dipijak,” katanya.

Dalam kesibukan menyertai sesi latihan bersama barisan pemuzik pengiring yang diketuai Eddie Marzuki selaku pengarah muzik, Maher sempat singgah ke Balai Berita yang untuk menyempurnakan majlis penyerahan tiket kepada pemenang peraduan konsertnya anjuran Harian Metro.

Akhbar berkenaan media rasmi konsert anjuran Inteam Records Sdn Bhd, Fiero Sdn Bhd dan Awakening Entertainment dari United Kingdom, yang menyaksikan lima pemenang membawa pulang dua keping tiket setiap seorang.

Menyentuh mengenai konsert sulungnya itu, Maher berkata, sebagai tanda kepercayaan terhadap pemuzik Malaysia, beliau hanya membawa pemain dram dan peniup seruling sendiri manakala selebihnya ialah pemuzik tempatan.

"Dijangka dalam persembahan nanti saya diiringi kira-kira 12 pemuzik serta enam penyanyi latar. Kami akan mempergiatkan latihan bagi memastikan segala perancangan berjalan lancar.

“Boleh dikatakan inilah konsert terbesar saya. Bersama anggaran 14,000 penonton, sudah pasti saya teruja untuk beraksi apatah lagi ditemani penjuang irama nasyid dari pelbagai negara termasuk Inteam dari Malaysia.

“Kami tidak mahu menghampakan penyokong setia.

Anda sudah mengalu-alukan kedatangan saya. Tiada apa yang mampu saya balas selain persembahan yang menghiburkan,” katanya yang tidak menafikan ada kejutan untuk peminat.

Selain Inteam, Iffan Makki dari Kanada dan Mesut Kurtis (Macedonia) bakal mewarnai konsert berkenaan.

Maher sendiri secara peribadi berjanji akan menyampaikan 12 hingga 13 dendangan termasuk lagu berhantunya, Insya-Allah dalam versi Melayu yang dirakamkan ketika kunjungan keduanya Disember lalu.

Malah sebagai ‘pemanas’ konsert yang hanya tinggal sehari lagi, bintang berusia 30 tahun itu dengan senang hati menyanyikan lagu berkenaan secara langsung selepas sesi sidang media di Balai Berita. Boleh tahan juga sebutan Melayu penyanyi peramah ini.

Masih tegar dengan imej bertopi, gaya maskulin lelaki yang bakal bergelar bapa kepada bayi perempuan pada April ini jelas terserlah.

Senyuman manis sentiasa terukir di bibirnya.

Maher yang difahamkan turut berminat mengadakan siri jelajah di Malaysia juga jelas teruja dengan status bapa yang bakal disandang serdikit masa lagi

Fuhh~mmg hebat penangan Maher Zain ney...fenomena dia dah tahap2 tsunami..
credit to jiwang

Thursday 3 March 2011

Penggerak Illuminati/Freemason di Indonesia





Diantara Tulang belakang penggerak Illuminati di Indonesia dicurigai adalah ahmad Dhani..
Atau lbih dkenali dengan Band beliau.. Dewa 19.. berikut adalah video yang mnunjukkan bukti2 jelas keterlibatab Dhani dalam Illuminati . klik link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...