Advertise Here

Nuurcafe ALT/TEXT GAMBAR ALT/TEXT GAMBAR ALT/TEXT GAMBAR

Saturday 21 March 2009

Hakikat Dan Pengertian Adil


ulama adalah yang mewarisi pengajaran-pengajaran yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW.Pusaka peninggalan baginda SAW terdapat di dalam Al-kitab dan As-sunnah .Sabda Rasulullah SAW:


عن كشىر بن عبد الله عن ابىه عن جده رضى الله عنه قال :قال رسول الله صلى الله علىه وسلم :تركت فىكم امرىن لن تضلوا ما تمسكتم بهما كتاب الله وسنة نبىه


Ertinya :


"Dari kathir bin abdullah dari bapanya dari datuknya ra katanya :"Rasulullah SAW bersabda:"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sekali-kali sesat selagi mana kamu berpegang teguh dengan keduanya ,kitab Allah dan sunnah Rasulnya






Dalam hadith ini Rasulullah SAW meninggalkan dua perkara yang diwarisikan kepada kaum muslimin, iaitu Kitab allah dan Sunnah Rasulnya. Dua perkara inilah yang diwariskan oleh Rasulullah SAW agar disampaikan kepada manusia, selain dari kedua ini, tidak boleh dijadikan landasan hukum agama.




Oleh kerana ulama adalah pewaris para nabi maka perkara yang diwariskan oleh mereka ialah Kitab allah dan sunnah rasul iaitu ajaran-ajaran yang terdapat di dalam keduanya.Jelasnya,para ulama adalah pewaris sah dari Rasulullah SAW berupa Al-quran dan sunnah rasul.




Walaupun para ulama hanya mewarisi Kitab Allah dan Rasulnya ,tidak mewarisi sebarang harta maupun wang dinar, namun keduanya adalah sumber kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.Jika segala isi langit dan bumi hendak ditukar ganti dengan Al-quran dan Al-hadith,ulama yang benar-benar bertaqwa akan memilih Al-quran dan Hadith ini lebih dari segala-galanya. Hidup dan mati mereka kerana mempertahankan ajaran-ajaran yang terdapat didalam Al-quran dan As-sunnah .Mereka tidak punyai harta tetapi mereka bangga mempunyai Al-quran dan As-sunnah sumber petunjuk kepada manusia .mereka kelihatan susah pada zahirnya,tetapi senang pada batin. Mereka redha dengan qada' dan qadar Allah ke atas hamba-hambanya

0 comments:

Post a Comment

blog ini dofollow.. silakan komen untuk mendapat backlink percuma dari blog ini.. silakan lawati Syimi56.heck.in

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...