Advertise Here

Nuurcafe ALT/TEXT GAMBAR ALT/TEXT GAMBAR ALT/TEXT GAMBAR

Thursday 19 March 2009

Merantau Mencari Ilmu



Assalamualaikum.... syukran kepada visitor blog ana yang sudi menjengah... ana hari ini merasa gelisah kerana hari untuk ana berpisah dengan keluarga semakin dekat,ana akan bertolak ke Pondok Pesantren Langitan,Widang,Tuban Jawa Timur,Surabaya..mungkin pada 24 ari bulan ini... bukan kerana apa,kali ini ana mungkin meninggalkan kampung halaman ana lebih lama daripada sebelumnya..
Sebelum ini ana pernah menuntut di Pondok Darul Muttaqin di Tanah Merah,Kelantan... paling lama ana tidak balik dalam masa 6-7 bulan,begitu juga semasa ana menuntut di Pondok Pasir Tumbuh... itu lah yang paling lama... Mungkin ana tidak pulang selama 2-5 tahun selepas ana bertolak nanti.. perasaan sedih untuk meninggalkan keluarga,kampung halaman...Gembira pun ada, kerana Allah Taala bagi ana peluang untuk mempelajari Ilmu AgamaNya di kawasan yang diantara paling awal tertubuhnya kerajaan Islam di Indonesia.. bersama-sama ana menuntut di Pondok Langitan adalah sahabat ana(Yusmahilal b.Yusuf)salah seorang lepasan Pusat Pengajian Islam An-Nuur..
Sebelum ini kami sudah memulakan pengajian di Pondok Pesantren Langitan itu selama sebulan,tetapi di atas sebab masalah visa kami terpaksa pulang ke Malaysia.. Kali ini masalah sudah selesai,dan ana harap Allah Taala memberi ana ruang untuk ana menuntut IlmuNya..
Sehubungan itu, ana ingin meminta maaf kepada sesiapa yang mengenali ana ,minta di ampunkan dosa kalau-kalau secara tidak sedar ana mengguris hati antum semua..

0 comments:

Post a Comment

blog ini dofollow.. silakan komen untuk mendapat backlink percuma dari blog ini.. silakan lawati Syimi56.heck.in

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...