Advertise Here

Nuurcafe ALT/TEXT GAMBAR ALT/TEXT GAMBAR ALT/TEXT GAMBAR

Tuesday, 7 April 2009

Penciptaan Alam Daripada Asap?





Alam semesta tidak terus wujud dalam bentuk yang kita lihat pada hari ini. sebaliknya ia melalui beberapa proses tertentu.Antara proses itu adalah kelahiran gas-gas hidrogen dan helium yang kemudiannya bercantum sehingga menjadi gumpalan asap raksasa. Dalam surah Fussilat ayat 11 allah menyatakan yang bermaksud, ''Kemudian dia menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk asap lalu dia berkata kepadanya dan bumi, 'datanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa.' Keduanya menjawab, 'Kami datang dengan tunduk'.''

apabila kita mengamati ayat ini secara mendalam kita mendapati ia mengandungi beberapa konsep kosmologi yang menarik. Pertama, ayat ini menjelaskan Allah menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk asap. Langit melambangkan kosmos yang luas. Kenyataan ini memang selari dengan penemuan semasa dan hal ini akan dibincangkan kemudian. Kedua, Allah mengarahkan langit dan bumi supaya keluar menjelma daripada asap yang memenuhi kosmos di peringkat awal kejadian alam. Ia menunjukkan asap di kosmos menjadi batu-bata kepada kelahiran bintang,galaksi,bumi dan yang seumpamanya.Hal ini juga akan dibincangkan kemudian.

Seperkara yang perlu kita fokuskan adalah berkaitan dengan pertanyaan Allah kepada langit dan bumi sama ada kedue-duanya hendak datang secara tunduk ataupun terpaksa.Kedua-duanya memilih untuk datang dengan tunduk dan taat. Ia mengisyaratkan proses kejadian langit dan bumi tidak berlaku berdasarkan konsep kemungkinan (probability),kebetulan(chance) ataupun rambang (at random).Sebaliknya ia akan berlaku mengikut sistem dan perencanaan,iaitu sistem dan perencanaan Allah.Bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya alam semesta terjadi mengikut hukum kemungkinan, kebetulan atau rambang. Ia tidak akan teratur dan sistematik berbanding sekarang. Malah ia tidak akan mampu mewujudkan apa yang wujud sekarang ini. Kewujudan satu sistem yang mantap dan mampu mengatur proses kejadian alam secara tersusun lagi komprehensif dari satu peringkat ke satu peringkat tanpa sebarang kepincangan menunjukkan memang wujud di sana Maha Perancang,iaitu Allah.

Berhubung dengan ini, Paul Davies dalam superforce;The Search for a Grand Unified Theory of Nature (1984) berkata, ''Memang susah hendak dipercayai bahawa ledakan Big Bang yang dahsyat itu mampu menghasilkan tenaga dan kuasa tarikan yang tepat. Justeru Big Bang bukanya sekadar satu ledakan tetapi ia merupakan satu ledakan yang terancang.''

Saturday, 4 April 2009

TEORI BIG BANG












Teori yang menjadi pegangan umum oleh para saintis berhubung permulaan alam semesta pada hari ini dikenali sebagai teori Big Bang.mengikut laporan yang terdapat di laman web NASA,dalam segmen
Big Bang Cosmology di http://map.gfsc.nasa.gov, kejadian alam bermula 12 hingga 14 billion tahun dahulu. Alam pada masa itu hanya berukuran beberapa milimiter sahaja. Sejak daripada tarikh itu ia sudah mengembang sehingga menjadi seperti apa yang kita lihat pada hari ini.

Mengikut teori Big Bang,alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlaku suatu letupan yang kuat, sekitar 12 hingga 14 billion tahun dahulu. Selepas itu berlaku pengembangan dan penyejukan sehingga akhirnya lahir bintang-bintang, planet-planet,galaksi dan seumpamanya.

Teori ini pada asalnya dicadangkan berasaskan formula General Theory of Relativity yang diutarakan oleh Albert Einsten pada tahun 1915. Kemudian pada tahun 1922 seorang pakar fizik Rusia, Alexender Friedmann, mengembangkan lagi teori ini dan dengan itu mengukuhkan lagi teori Big Bang ini.

Pada tahun 1929, seorang tokoh astronomi dari Amerika,Edwin Hubble, menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori Big Bang. Dengan menggunakan peralatan canggih, beliau mendapati alam ini sedang mengembang . Penemuan ini mengukuhkan lagi pendapat yang mengatakan alam ini bercantum padu pada asalnya diikuti dengan satu letupan besar, kerana letupan itulah yang menyebabkan pengembangan ini. Hal ini disebutkan dalam
Encarta Encylopedia (CD) dalam segmen Big Bang theory (Introduction).

kewujudan gas heliumdan sinaran radiasi yang seimbang di angkasa raya,menguatkan lagi teori Big Bang. Kajian mengenai tahap radiasi di angkasa raya dilakukan oleh pakar astrofizik dari Amerika,Arno Penzias dan Robert Wilson,pada tahun 1965,dan penemuan ini disahkan oleh pakar-pakar sains yang lain dengan menggunakan alat pengesan khas NASA yang bernama COBE spacecraft antara tahun 1989 hingga 1993.Pada hari ini dengan kewujudan alat dan prasarana yang lebih canggih,sebagai contoh,makmal CERN yang terletak berhampirandengan bandar Geneva di Switzerland, banyak kajian baru dapat dilakukan . Kajian-kajian terkini dari makmal ini mengukuhkan lagi teori Big Bang. Hal ini dilaporkan oleh Particle Physics and Astronomy Research Council (PPARC, UK) dalam artikel yang bertajuk BIng Bang science(1999) di http://hepwww.rl.ac.uk/pub/bingbang. Pada hari ini teori Big Bang menjadi satu teori yang sukar digugat dan pakar-pakar menganggapnya sebagai satu pegangan yang diiktiraf dalam ilmu kosmologi moden (standard cosmology) pada hari ini.

Justeru, kenyataan Al-Quran berhubung permulaan alam sememangnya saintifik. Antara pakar yang kagum dengan ayat ini adalah Dr.Alfred Kroner. Beliau adalah seorang profesor dalam bidang sains geologi dan pernah menjadi dekan di Jabatan Geologi di Institute of Geosciences,Johannes Guterberg University,Mainz, Germany. Berhubug dengan ayat ini beliau berkata , "Melihat asal-usul Muhammad, saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui langit dan bumi mempunyai asal-usul yang sama. Hal ini disebabkan ilmu mengenainya hanya baru diketahui beberapa tahun baru-baru ini,itupun dengan menggunakan alat-alat yang canggih. Seseorang yang tidak mengetahui ilmu fizik nuklear 1400 tahun dahulu,saya rasa, tidak akan mampu mengetahui mengenainya."

Akhirnya beliau berkata, "Apabila kita menghimpunkan kesemua kenyataan Quran berkaitan dengan bumi dan kejadiannya, dan kita kaitkannya dengan sains kita akan mengatakan kenyataan (Quran) secara dasarnya dalah benar. Hal ini dapat dibuktikan dengan pendekatan saintifik. Banyak daripada kenyataan ini tidak dapat dibuktikan dahulu tetapi pada hari ini sains mode dapat membuktikan kebenarannya. Hal ini dilaporkan di dalam A Brief Illustrated Guide to Understanding Publications,edisi kedua, Mei 1990.

Friday, 27 March 2009

Permulaan Alam Semesta Permulaaan Segala-galanya



Quran dan Teori Kejadian Alam
Alam semesta mempunyai permulaannya. Dalam surah al-Anbiyak ayat 30 Allah berfirman,"Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu(ratqa)kemudian kami pisahkan antara keduanya(fataq).Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup."
Ayat ini menjelaskan mengenai dua perkara penting. Pertama, mengenai asal-usul kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu sebelum dipisahkan antara keduanya-duanya. Kedua, ayat ini menjelaskan mengenai hakikat kehidupan air adalah asas bagi segala kehidupan. Tanpanya hidupan x akan wujud sama sekali.
Terdapat dua perkataan dalam ayat ini yang perlu diberikan fokus iaitu, ratqa dan fataq. Ratqaberasal daripada perkataan Arab rataqa yang bermaksud patc up, sew up iaitu ditampal dan dijahit. Ia melambangkan sesuatu yang terhimpun, melekat dan menguncup.
Fataq pula berasal daripada perkataan Arab Fataqa yang bermaksud unsew, unstitch, rip open, tear apart iaitu dibuka, dibelah dan dikoyak.Ia melambangkan sesuatu yang terbuka, terungkai dan mengembang.
Berhubung dengan ayat ini, Imam Said bin Jubair berkata "langit dan bumi sebelum ini melekat antara satu sama lain. Apabila langit ditinggikan dan dengan itu zahirlah bumi maka berlakulah permisahan dan itulah yang dimaksudkan Allah dalam ayat ini."
Tafsiran oleh Imam Said bin Jubair ini yang dinyatakan lebih daripada 1,000 tahun dahulu mengagumkan .Berhubung dengan tafsiran ini, Syeikh Said Hawa berkata dalam Al-asas fi al-Tafsir, "Tafsiran yang dibuat, sebagai contohnya oleh Imam Said bin Jubair, manceritakan menganai sesuatu yang tidak diketahui melainkan baru-baru ini." Hal ini disebabkan kenyataan ini memang selari dengan penemuan sains pada hari ini berhubung kejadian alam semesta...
p/s: penulis akan meng up-date blog ini 1-2 minggu sekali....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...