Advertise Here

Nuurcafe ALT/TEXT GAMBAR ALT/TEXT GAMBAR ALT/TEXT GAMBAR

Sunday, 7 June 2009

Langitanku...


Pondok ini berasal dari sebuah surau kecil yang didirikan pada tahun 1852 oleh KH Muhammad Nur kini telah telah tersergam indah sebagai Pondok Pesanteren yang disegani dan terkenal.

Pondok ini mampu menampung 4,000 pelajar pada masa ini. Lebih kurang 2,000 pelajar lelaki dan begitu juga perempuan yang dipisahkan diantara satu dengan lain.
KH Abudullah Faqih yang memimpin Pondok ini adalah merupakan jenerasi ke lima sejak dari pondok ini ditubuhkan.

Menurut Ustaz Murtaji Alhamidi Rois Am ,Pondok ini mengekalkan system lama yang baik dan mengambil norma-norma baru yang lebih baik. Walaupun pihak kerajaan Indonesia ada mempelawa untuk menaik-tarafkan kepada level university mereka menolak. Namum standard ilmu yang diajar adalah setara atau lebih baik, InsyaAllah

Pondok ini mensyaratkan Wali pelajar menyerahkan anak mereka sebelum diterima untuk belajar di sini.Sebagai pelajar di sini,ana berasa bangga kerana dapat menuntut ilmu disini...
salam... doakan ana di sini

Friday, 22 May 2009

Asalamualaikum kpada sahabat-sahabat yang setia melawat blog ana ni.. ana sudah lama tidak update blog ni... bukan kerana apa.. keadaan tidak mengizinkan, maklumlah ana masih study... hmmm..... baru-baru ini ana telah menerima kedatangan sahabat baru dari Pusat Pengajian Darul Fikri seramai 3 orang.. Hilang sikit kerinduan pada tanah air bila ada dorang ni... boleh borak2 dalam bahasa melayu hehee..(kadang2 tersasul jugak bahasa indon ngan jawa)
Ana insya Allah akan menubuhkan persatuan pelajar Malaysia kat sini,walaupun baru 5 orang sekarang ni,mungkin kemasukan pelajar dari Malaysia akan bertambah dari semasa ke semasa... dan sekarang ana sedang wat blog rasmi kami sume kat sni.... hmm..
ok la... terima kasih pada sahabat2 sume.. nti ana uploadkan gambar bgaimana kegiatan ana setiap hari kat sini... assalamualaikum.. doakan ana selalu ye

Tuesday, 7 April 2009

Penciptaan Alam Daripada Asap?





Alam semesta tidak terus wujud dalam bentuk yang kita lihat pada hari ini. sebaliknya ia melalui beberapa proses tertentu.Antara proses itu adalah kelahiran gas-gas hidrogen dan helium yang kemudiannya bercantum sehingga menjadi gumpalan asap raksasa. Dalam surah Fussilat ayat 11 allah menyatakan yang bermaksud, ''Kemudian dia menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk asap lalu dia berkata kepadanya dan bumi, 'datanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa.' Keduanya menjawab, 'Kami datang dengan tunduk'.''

apabila kita mengamati ayat ini secara mendalam kita mendapati ia mengandungi beberapa konsep kosmologi yang menarik. Pertama, ayat ini menjelaskan Allah menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk asap. Langit melambangkan kosmos yang luas. Kenyataan ini memang selari dengan penemuan semasa dan hal ini akan dibincangkan kemudian. Kedua, Allah mengarahkan langit dan bumi supaya keluar menjelma daripada asap yang memenuhi kosmos di peringkat awal kejadian alam. Ia menunjukkan asap di kosmos menjadi batu-bata kepada kelahiran bintang,galaksi,bumi dan yang seumpamanya.Hal ini juga akan dibincangkan kemudian.

Seperkara yang perlu kita fokuskan adalah berkaitan dengan pertanyaan Allah kepada langit dan bumi sama ada kedue-duanya hendak datang secara tunduk ataupun terpaksa.Kedua-duanya memilih untuk datang dengan tunduk dan taat. Ia mengisyaratkan proses kejadian langit dan bumi tidak berlaku berdasarkan konsep kemungkinan (probability),kebetulan(chance) ataupun rambang (at random).Sebaliknya ia akan berlaku mengikut sistem dan perencanaan,iaitu sistem dan perencanaan Allah.Bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya alam semesta terjadi mengikut hukum kemungkinan, kebetulan atau rambang. Ia tidak akan teratur dan sistematik berbanding sekarang. Malah ia tidak akan mampu mewujudkan apa yang wujud sekarang ini. Kewujudan satu sistem yang mantap dan mampu mengatur proses kejadian alam secara tersusun lagi komprehensif dari satu peringkat ke satu peringkat tanpa sebarang kepincangan menunjukkan memang wujud di sana Maha Perancang,iaitu Allah.

Berhubung dengan ini, Paul Davies dalam superforce;The Search for a Grand Unified Theory of Nature (1984) berkata, ''Memang susah hendak dipercayai bahawa ledakan Big Bang yang dahsyat itu mampu menghasilkan tenaga dan kuasa tarikan yang tepat. Justeru Big Bang bukanya sekadar satu ledakan tetapi ia merupakan satu ledakan yang terancang.''

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...